Pada 19 Jun 2026, B-Crobes telah menerima Anugerah Kecemerlangan Industri dan Masyarakat 2026 bagi kategori Anugerah Rakan Kerjasama Industri Terbaik sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi (HKI) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Anugerah ini telah diterima oleh Pengarah Eksekutif B-Crobes, Prof. Lee Heng Yee, yang juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Sains Industri dan Teknologi, UMPSA di bawah program CEO@Faculty.
Sekalung tahniah juga kepada rakan kolaborasi akademik B-Crobes, Prof. Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan bin Ahmad, atas penerimaan Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Staf Akademik). Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri serta memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada B-Crobes untuk terus memperkasakan kerjasama industri-universiti, memacu inovasi berasaskan sains, dan menyumbang kepada pembangunan penyelidikan serta teknologi mikrobiom di Malaysia.
#BCrobes #UMPSA #HKI2026 #AnugerahKecemerlangan #RakanKerjasamaIndustriTerbaik #KerjasamaIndustri #ResearchInnovation #Microbiome #IndustryAcademia #Malaysia




Comments:0
No comments